Thursday, August 5, 2010

Skop Pendaftaran

Tujuan manual ini dan prosedur-prosedur yang berkaitan dengannya adalah untuk memberi penerangan yang mencukupi terhadap sistem pengurusan kualiti dalam Perkhidmatan Pengemdalian Sistem Saliran Pertanian JPS Johor.

JPS Johor melaksnakan sistem MS ISO 9000 untuk menyediakan ‘blueprint’ bagi usaha-usaha untuk menambaikan dan peningkatan Sistem Kualiti dalam organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi.

Skop Pendaftaran JPS Johor dalam siri MS ISO 9000 ialah ISO 9001 : 2000 iaitu Model Kepastian Kualiti dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan serta instalasi atau khidmat susulan (Quality Sistems – Model for Quality Assurance in Production, Installation and Servicing) bagi Perkhidmatan Pengendalian Sistem Saliran Pertanian JPS Johorr. Perkhidmatan ini melibatkan secara langsung Unit Saliran Pertanian JPS Johor.

Oleh itu skop pendaftaran jabatan ialah


“PERKHIDMATAN PENGENDALIAN

SISTEM SALIRAN PERTANIAN,

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN JOHOR”



Bagi empat (4) kawasan saliran pertanian seperti berikut:

i) Peserai, Batu Pahat

ii) Sungai Kesang, Muar

iii) Mukim Rimba Terjun, Pontian

iv) Triang, Mersing

No comments:

Post a Comment